Friday, September 5, 2014

Resipi Oat Pancake

Sudah menjadi lumrah seorang student dietetic sentiasa mencuba sesuatu resipi yang baru.
Bila ada masa free je, rasa nak masak. Throwback hari tu rasa nak buat pancake bak kate omputeh, tapi orang Tganu panggil LEPENG je.

Pancake sesuai dimakan ketika breakfast. Khasiatnya adalah ia memberi tenaga utama daripada sumber karbohidrat iaitu tepung, gula dan madu. Ia juga mengandungi lemak iaitu daripada sumber minyak. Bagi melengkapkan nutrient yang seimbang, anda boleh melengkapkan hidangan pancake dengan menambah buah-buahan seperti epal, pisang atau berries sebagai sumber serat dan kaya dengan vitamin.

Nah ni resipi nye. Rasanya dah ramai yang pandai buat pancake, tp boleh la kot nak try resipi yg tak seberapa ni.


Bahan-bahan basah
- 1 biji telur
- 1 sudu besar minyak (nak sihat guna minyak jagung atau zaitun)
- 1 cawan air atau susu low fat

Bahan-bahan kering
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula atau boleh guna Equal
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar instant oat

Cara-cara
1. satukan bahan-bahan basah dalam mangkuk
2. satukan bahan basah ke dalam bahan kering
3. masukkan dalam blender
4. blend sehingga sebati
5. pastikan adunan tu smooth dan tidak terlalu cair
6. panaskan kuali atau non stick pan
7. panaskan butter dan cuahkan satu senduk adunan ke kuali
8. make sure bahagian bawah sudah masak, baru boleh terbalikkanya
9. sedap dimakan ketika panas-panas bersama madu


No comments:

Post a Comment