Friday, September 5, 2014

Ada apa dengan kucing?

DIRIWAYATKAN bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.
Mengapa Rasulullah SAW mengatakan bahawa kucing suci dan tidak najis? Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing ditutupi oleh bonjolan kecil yang runcing. Bonjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitik cecair yang jatuh daripada lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. Itu yang kita lihat kucing selalu menjilat-jilat badannya, sebenarnya ia membersihkan bulunya.
Telah dilakukan pelbagai penelitian dan kajian terhadap kucing dan pelbagai perbezaan usia, kedudukan kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan ujian dengan usapan.

Di samping itu, dilakukan juga penanaman bakteria pada bahagian-bahagian khusus, seterusnya diambil cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.




source: Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130605/ba_01/Haiwan-kesayangan-Rasulullah-SAW#ixzz3CVzFaWSN
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Resipi Oat Pancake

Sudah menjadi lumrah seorang student dietetic sentiasa mencuba sesuatu resipi yang baru.
Bila ada masa free je, rasa nak masak. Throwback hari tu rasa nak buat pancake bak kate omputeh, tapi orang Tganu panggil LEPENG je.

Pancake sesuai dimakan ketika breakfast. Khasiatnya adalah ia memberi tenaga utama daripada sumber karbohidrat iaitu tepung, gula dan madu. Ia juga mengandungi lemak iaitu daripada sumber minyak. Bagi melengkapkan nutrient yang seimbang, anda boleh melengkapkan hidangan pancake dengan menambah buah-buahan seperti epal, pisang atau berries sebagai sumber serat dan kaya dengan vitamin.

Nah ni resipi nye. Rasanya dah ramai yang pandai buat pancake, tp boleh la kot nak try resipi yg tak seberapa ni.


Bahan-bahan basah
- 1 biji telur
- 1 sudu besar minyak (nak sihat guna minyak jagung atau zaitun)
- 1 cawan air atau susu low fat

Bahan-bahan kering
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu besar gula atau boleh guna Equal
- 1 sudu kecil garam
- 3 sudu besar instant oat

Cara-cara
1. satukan bahan-bahan basah dalam mangkuk
2. satukan bahan basah ke dalam bahan kering
3. masukkan dalam blender
4. blend sehingga sebati
5. pastikan adunan tu smooth dan tidak terlalu cair
6. panaskan kuali atau non stick pan
7. panaskan butter dan cuahkan satu senduk adunan ke kuali
8. make sure bahagian bawah sudah masak, baru boleh terbalikkanya
9. sedap dimakan ketika panas-panas bersama madu


Sunday, February 23, 2014

jogging sambil dengar speedbot di tasik stadium

boleh ke berjogging dalam keadaan bunyi bot control yang bising?

boleh dikatakan kalau balik kampung, mesti pergi jog di tasik Stadium runtuh kat gong badak tu. tapi masalah nye ada orang yang main speedbot control yang sangat mengganggu ketenangan suasana di tasik tu, nk jog pun, rasa serabut dan takut mana tahu speedbot tu sesat naik atas darat.huhh.

harap2 ada la pihak yang sediakan tempat lain la utk geng2 dorang main speedbot tu sampai malam xpe. asalkan x mengganggu ketenangan orang beriadah. sbb tempat ni besar ag, dah banyak kemudahan yang telah dibuat contohnya padang hoki, bowling padang, kereta control dan mcm2 lagi la aktiviti kt stadium ni.

ramai diantara kawan2 jog kat situ tak suka dgn bunyi yang bising tu, dan ambik keputusan untuk jog keliling stadium runtuh tu je.

dalam gambar tu, mama x jog, tp jalan2 je. masa ni banjir, air tasik tu naik. kat belakang tu stadium tertutup gong badak. mujur yang ni x runtuh.hihi.
yang laki ni, adik sarah aka jurulatih jog sarah sbb dia rugbi player. 


nampak x kat belakang tu, tulah stadium yang runtuh tu, sekarang mcm tengah baiki. no komen la pasal ni.haha

apa-apa pun yang berlaku, mesti kene teruskan beriadah supaya badan cergas dan sihat.





new year new hope

welcome new semester march 2014-june2014!

tamatlah sudah semester 5 yang penuh cabaran dan dugaan. class Health Care Management, Nutrition program planning assessment, Medical Nutrition Theraphy II, Food Anthropology, Mandarin III dan Biostatistic.

alhamdulillah semua lulus, tahniah kpd rakan2 yang lain juga. tak lupa rakan seperjuangan Siti Nadwah yang selalu memberi tunjuk ajar. sem akan datang ni mesti buat sungguh2 lagi, krn sbjek sem depan ni smuanya berat2.

tujuan utama buat blog ni adalah utk subjek Food Antropology, oleh krn dah hbis sbjek tu, so, blog ni akan diteruskan juga dgn info2 menarik.

so arini sarah nk share pengajaran yang boleh diambil sebagai kita seorang student dan juga seorang sahabat

lessons from last semester:
- appreciate your friendship
- know your real friend
- mengalah walaupun benar
- sentiasa berfikiran positif
- tidak takut jika tidak berbuat salah
- sentiasa senyum (awek muda tu)
- bertanya jika tidak tahu
- jangan sombong
- jangan ambil hati jika ada yang melukai
- be yourself =)