Saturday, November 9, 2013

salam kawan-kawan!
saya tahu minggu ni dan ke atas adalah minggu yang sgt sibuk dgn assignments, presentation dan tests. pasti ramai yg stress kan. bila stress ada mcm-mcm ragam.
antara ragam manusia bila stress:

  1. makan byk-bnyk
  2. x selera makan
  3. asyik kuar jalan-jalan je  
  4. bermasam je muke mcm asam jawa dah

ape-ape pun ragam manusia, kita mestilah sabar dan bertenang. saya dan sahabat release stress dgn kluar tgk wayang dan jalan-jalan. jgn asyik terperap dlm rumah aje. kita manusia perlukan ketenangan juga. lupakan kejap kerja dan bergembiralah dgn kwn-kwn.

dari segi pemakanan yang dapat kurangkan stress adalah

  1. buah oren
  2. apricot kering
  3. ikan salmon
  4. avocado
  5. sayuran hijau
  6. kopi 

Thursday, October 31, 2013

Tips mengurangkan kolestrol dalam badan

Adakah anda tahu? Apa itu kolestrol? Apa sumber makanan yang tinggi kolestrol? 

Kolestrol ialah salah satu bahan yang apabila kandungannya tinggi dalam darah, ia berpotensi melekat pd dinding salur darah. ini akan membuat salur darah mengecil dan akhirnya boleh tersumbat.

Makanan tinggi kolestrol:
  1. telur kuning
  2. daging lembu
  3. makanan laut terutama udang
  4. ayam
  5. sardin dalam tin
  6. organ dalaman spt hati ayam
Tahap kolestrol yang tinggi dalam badan boleh meningkatkan risiko SAKIT JANTUNG & SERANGAN JANTUNG.  

Selain pengambilan ubatan, tahap kolestrol dalam bdn juga boleh dikurangkan dengan mengubah cara hidup (LIFESTYLE CHANGES)
  1. Kurangkan berat badan- penurunan berat badan yang baik adalah turun 5-10% daripada berat sekarang. Kurangkan berat badan dgn mengamalkan gaya hidup sihat dan makan seimbang mengikut pyramid makanan. Jgn sesekali cuba cara diet yg mcm2 kalau anda tidak ada tahu apa kesannya kpd badan kelak. 
  1. Makan makanan yang sihat & seimbang- Kurangkan makan makanan yg tinggi kolestrol spt telur ayam. tahukah anda, telur ayam adalah protein yg paling murah harganya, tp murah juga dgn kolestrolnya. sebiji telur ayam grade A mengandungi 213mg kolestrol di mana keperluan kolestrol kita hanyalah 300mg sahaja. maximum telur (KUNING) yang boleh kita makan utk smnggu adalah 2 biji SAHAJA. 
  2. melakukan senaman setiap hari lah kalau boleh..tp mst boleh kan juga ye. walaupun seseorang tu kurus, tak semestinya tahap kolestrol nya tak banyak. tips utk bakar lemak semasa bersenam adalah anda hendaklah melakukan senaman 10min berterusan tanpa henti, barulah badan anda bakar lemak yg terkumpul.
  3. Stop smoking bg org yang smoking.
  4. Ambik alcohol secara sederhana (bg non-muslim lah)


Sunday, October 27, 2013

getting started

Nama saya sarah. sebenarnya saya suka jgk la baca blog, tp saya xde blog. nk dijadikan cerita.. En shazali, lecturer Food antropology kiteorg suruh buat blog ttg education. saya pun mitak tlg BELOG AKI utk buat blog,. try2 sign in, rupenya saya dah ada blog since 3 january 2011.haha. ok, just continue jelah dgn blog ni.